Tuesday, April 21, 2009

SEJARAH SEKOLAH

    LATAR BELAKANG SEKOLAH

1) SEJARAH PENUBUHAN(sejarah daripada pengasas,bilangan pelajar terdahulu,

bilangan guru awal,bajet penubuhan dsb)

Sekolah Menengah Teknik (ERT) Dato' Undang Hj Muhamad Sharip Rembau terletak di penghujung Jalan Dato' Raja Mohd Dom , kira-kira 0.5 km dari Pekan Rembau. Dibuka pada 1.1.1965 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Perempuan (Sekolah Aneka Jurusan) khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1. Bilangan  kelas pada masa itu hanya 3 buah sahaja. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Paduan dan Agama. Selain daripada mata pelajaran akademik pelajar juga diwajibkan mempelajari Jahitan dan Masakan. Bilangan kelas (bengkel) tidak mencukupi menyebabkan pelajar terpaksa menggunakan dapur bergerak (Mobile Kitchen). Hanya dua blok bangunan sahaja yang ada pada waktu itu yang terdiri daripada 8 bilik darjah dan dua bengkel (masakan dan jahitan).Pada tahun 1968, sebuah kelas vokasional dibuka dengan 40 orang pelajar dari N.Sembilan, Melaka dan Selangor. Dua bidang vokasional yang ditawarkan pada waktu itu iaitu:

Kursus Masakan   -        Kursus A

Kursus Jahitan      -        Kursus B

Pelajar-pelajar tersebut terdiri dari lepasan SRP. Mereka mempelajari mata pelajaran masakan dan jahitan disamping mata pelajaran akademik. Peperiksaan SPVM kali pertama diadakan pada tahun 1969. Pada tahun 1972 , sekolah ini menjadi Sekolah Menengah Vokasional sepenuhnya. Pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Sukatan pelajaran bagi kursus vokasional juga turut berubah. Pelajar diberi peluang memilih sama ada Kursus A atau Kursus B. Selain mata pelajaran akademik, mata pelajaran Pengajian Perdagangan telah ditambah bagi kedua-dua kursus tersebut.   Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Rembau telah dirasmikan pada 26 Mac 1977 oleh Yang Teramat Mulia Dato' Sedia Raja Hj. Adnan Hj Maah, Undang Luak Rembau.

    Pada tahun 1986, tiga jurusan ditawarkan iaitu Katering, Rekaan Fesyen dan Persolekan & Mendandan Rambut. Murid-murid menduduki peperiksaan SPMV kali pertama pada 1988. Pada tahun 2002 sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Sekolah Menengah Teknik dengan penambahan blok asrama, bilik darjah dan bengkel.Jurusan yang sedia ada dikekalkan dan ditambah dengan dua mata pelajaran jurusan teknik iaitu Pengurusan Makanan dan Pengajian Pakaian.

Sempena pertabalan Dato' Undang Luak Rembau yang ke-4,Yang Teramat Mulia Dato' Undang Hj.Muhamad Sharip b.Othman, sekolah ini telah dipilih untuk dimasyhurkan dengan nama Sekolah Menengah Teknik (ERT) Dato' Undang Hj Muhamad Sharip Rembau. Maka pada tanggal 23/7/2005 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1426H merupakan hari bersejarah yang merakamkan perasmian nama baru sekolah yang telah disempurnakan oleh YTM Dato' Undang Hj Muhamad Sharip.


 

0 comments: